Jaringan Rabona Oleh Erik Lamela


Semenjak menyertai Tottenham Hotspur setahun yang lalu, agak jarang kita mendengar pujian diberikan kepada pemain Argentina ini. Dengan bayaran perpindahan melebihi £30 juta dan reputasi sebagai bintang yang sedang meningkat naik, Érik Manuel Lamela menggalas tugas berat sebagai penganti bintang Wales, Gareth Bale yang dipancing oleh Real Madrid. Musim pertamanya di Spurs agak hambar dan ramai yang meramalkan Lamela bakal dijual oleh kelab dari kota London itu.


Namun selepas André Villas-Boas dan kemudiannya Tim Sherwood ditamatkan kontrak sebagai pengurus dan pengurus sementara Tottenham Hotspur, Mauricio Pochettino tiba dari Southampton dan memberikan harapan baru buat Erik Lamela. Pochettino yang juga berasal dari Argentina diberikan tugas untuk membimbing Lamela mencapai potensi yang telah ditunjukkan semenjak remaja lagi. Musim ini ternyata Lamela lebih menyerlah. Malam tadi, dia mengingatkan kita kembali potensi yang ada pada dirinya. Lihat sahajalah jaringan ini:


Sepakan Rabona memang terkenal dikalangan pemain-pemain Argentina. Ia pertama kali dilakukan oleh Ricardo Infante dalam perlawanan di Liga Argentina pada tahun 1948. Antara pemain ternama yang turut menggunakan teknik ini dengan jayanya di atas padang termasuklah Diego Maradona, Roberto Baggio, Gianfranco Zola, Paul Gascoigne dan Angel Di Maria.

Namun menjaringkan gol dari luar kotak penalti dengan sepakan Rabona mungkin adalah yang pertama kali berlaku dalam sejarah. Pastinya pertama kali dalam Liga Eropah (Europa League).

- Brader Sports
1 Komentar untuk "Jaringan Rabona Oleh Erik Lamela"

harap2 di maria sering dapat jaringkan gol dengan teknik ni
syok tengok

Back To Top