Bermain bowling dengan menggunakan bola
yang betul akan membantu anda bermain dengan lebih konsisten dan
meningkatkan jumlah jatuhan pin. Ia secara tidak langsung akan
membuatkan anda lebih seronok bermain bowling bersama rakan-rakan dan
mana tahu ada bakat terpendam yang boleh ditonjolkan bagi sukan ini.
Untuk itu, dapatkan bola bowling
sendiri buat anda yang sesuai dengan diri anda. Ia bukan tugas mudah
dan pelaburannya yang bukanlah murah. Oleh itu baca panduan ini dengan
baik atau dapatkan juga nasihat dari Pro Shops (Kedai Bowling) atau pakar-pakar di pusat bowling berdekatan dengan anda.
Suka saya jelaskan di sini bahawa pengeluar-pengeluar bola bowling terkemuka seperti Storm, Hammer, eBonit, Roto Grip dan Brunswick
telah membuat pelaburan yang banyak dalam membangunkan rekabentuk bola
bowling yang berprestasi tinggi dengan penekanan pada garisan seimbangan
(well balanced lines) pada bola bowling serta keupayaan tindak balas bola (ball reaction capabilities). Di peringkat yang lebih 'advance',
anda akan mendapati pemilihan bola yang sesuai dalam pertandingan akan
memainkan peranan yang besar dalam kejayaan anda nanti. Namun, bagi
peringkat permulaan, cukup kita lihat antara faktor-faktor asas yang
hendaklah anda pertimbangan bila memilih bola bowling untuk kegunaan
sendiri.
Biasanya kita akan melihat 3 perkara UTAMA iaitu:-
- Berat dan harga bola
- CoverStock
- Potensi Hook Bola
Namun ini boleh dipecahkan kepada faktor-faktor lain yang lebih banyak lagi mengikut turutan berikut:-
Harga Bola
Harga bola bowling
bukanlah murah dan oleh itu pastikan bajet anda mencukupi bagi membeli
bola bowling yang sesuai. Dapatkan bajet semakisma yang boleh agar anda
tidak perlu lagi 'upgrade' di masa akan datang. Bola yang dalam
lingkungan harga RM 500 hingga RM 700 adalah memadai dan amat sesuai.
Jika kurang bajet, mungkin anda terpaksa menangguhkan pembelian bola
atau menggunakan bola bowling yang rendah kualitinya.
Berat Bola
Jangan
terlalu ghairah untuk membeli bola yang berat atau terlalu ringan. Cari
berat yang ideal untuk tangan anda yang anda rasa selesa. Untuk teknik 'hook',
anda perlukan lebih dari satu bola bowling dan bola hendaklah semaksima
berat yang anda boleh hayun dengan selesa. Berat bola yang biasanya
digunakan oleh pemain bowling dewasa bagi teknik 'hook' adalah dalam lingkungan 14 hingga 16 pound. Bola lurus (straight ball) ialah 12 hingga 16 pound, manakala pemain-pemain 'spin' akan menggunakan bola yang ringan dalam lingkungan 10.5 hingga 12.5 pound.
Coverstock
Ini merujuk kepada bahan yang digunakan pada permukaan bola bowling anda. Ada empat jenis yang biasa digunakan iaitu:
- Polyester (selalu dipanggil bola plastik dan digunakan sebagai 'house ball' di pusat-pusat bowling). Ia biasanya akan meluncur laju di atas lane dan selalunya digunakan oleh pemain-pemain yang membaling bola lurus (straight ball) dan juga 'spinner'. Ia lebih murah berbanding dengan bola-bola yang lain.
- Urethane dan Reactive Resin - Sekiranya anda mahu membaling secara 'hook' atau menggunakan beberapa 'board' sebelum bola tiba ke pin bowling, maka anda perlukan bola yang boleh mengenggam (grip) lane sebaik mungkin akan ia tidak terkeluar dari landasan.
- Particle - Punyai kesan yang sama dengan Urethane dan Reactive Resin akan tetapi lebih sesuai pada lane yang amat berminyak kerana keupayaannya kekal konsistent memotong minyak di lane dan kekal dalam landasan.
Pemain-pemain pro
biasanya punyai lebih dari satu bola dan akan memilih bola yang sesuai
mengikut lane pertandingan. Untuk anda, gunakan bola yang sesuai di
pusat bowling yang anda selalu bermain.
Potensi Hook Bola
Pemain-pemain 'hook' perlu juga melihat pada 'Potensi Hook Bola'.
Bola-bola zaman ini direka dengan potensi hook mengikut selera anda dan
anda boleh pilih cara hook yang mana anda mahu. Baby hook lebih mudah
di kawal kerana ia hampir lurus, manakala hook yang besar sebagaimana
yang digunakan oleh Zulmazran Zulkfili
perlukan latihan dan kawalan yang sesuai serta bola dengan potensi hook
yang tinggi. Untuk itu, anda boleh lihat pada flare potential rating
dan RG rating (radius of gyration) pada bola bowling tersebut. Untuk hook yang besar dan memakan banyak board, gunakan bola bowling yang punyai 6" inch flare potential rating atau lebih tinggi lagi.
Grip dan Lubang Yang Sesuai
Dapatkan
bantuan Pro Shop untuk buatkan lubang yang sesuai dengan tangan anda
dan cara lontaran anda. Pemain tangan kiri dan kanan punyai lubang yang
berbeza. Begitu juga pemain-pemain hook, spin dan bola lurus. Pemain
hook biasanya akan meminta bola di drill agak lebar dan menghasilkan 'finger tip release', manakala spinner dan staright bowlers akan menggunakan lubang yang lebih rapat.
Diharap artikel ini dapat membantu anda memilih bola bowling yang sesuai dan bermain dengan lebih baik lagi. Selamat maju jaya. Enjoy the game and high score!
- Brader Sports
36 Komentar untuk "Panduan Memilih Bola Bowling Yang Sesuai Untuk Anda"
aku belum pernah pegang bola bowling
apa lagi main bowling
hanyak anak2 je yang main
Ade x sesape yg nk jual bola 11lbs..sy nk beli tuk main spiner..pm sy 0136740978 harge n cod klu ade..sy dok area pj,puchong,shah alam, klang..
Assalamuallaikum admin.maaf ganggu.cuma nak tumpang sale satu barang.bola bowling.dapat masa sukaneka.jarang main bowling.sayang pula letak tepi dinding lama2.belum tebuk lagi. Rasa2 berat 10kg.berminat pm 0146266864.bola jenis polyester.bulldozer transformer.
Salam...Saya Baru Belajar Main...Tak Pandai Main Spin Tau Hook Atau Sebagainya...Baling Lurus Ja...Bola Apa Yg Sesuai Erk..
Salam...Saya Baru Belajar Main...Tak Pandai Main Spin Tau Hook Atau Sebagainya...Baling Lurus Ja...Bola Apa Yg Sesuai Erk..
Buat permulaan, guna sahaja apa-apa bola yang anda rasa selesa. Sebaiknya yang'reactive' untuk pelaburan jangka panjang kerana kualiti yang baik. Tak perlu beli yang baru pun. Guna yang secondhand pun ok, asalkan kena drill sesuai dengan jari anda. Drilling ini amat penting bagi mengelakkan kecederaan bila bermain bowling.
Bola plastik lah polyster
Betul tu!
Betul tu!
Bola plastik lah polyster
saya ingin membeli bola bowling, hajat nak beli tu nak cari yg murah je.senang cite yg biasa la... jika selalu nya di pusat boling tu saya menggukan bola saiz 10, adakah saya perlu mengekal kan berat yang sama untuk tujuan membeli bola tu ?saya main baling straight je tak kona2 pun...
Nak tanya....apa beza bola yg dah diplug banyak kali dengan plug sekali??ada ape2 kesan x??atau performance bola tu masih sama??
Nak tanya....apa beza bola yg dah diplug banyak kali dengan plug sekali??ada ape2 kesan x??atau performance bola tu masih sama??
Nak tanya....apa beza bola yg dah diplug banyak kali dengan plug sekali??ada ape2 kesan x??atau performance bola tu masih sama??
Ape beza spin dan hook
bismilahirrahmanirrahim..
spin tu bolanya berpusing mcm kipas helikopter & bergerak lurus atau tegak..
manakala hook pula bergerak secara melengkung..
kalo masih keliru, boleh refer di youtube..
tk..
saya cuba jwb, kalau salah tolong cari di sumber yg lain..
berat menjadi kurang, kepaduan bola berkurangan & performance juga sedikit merosot..
kalo nk beli bola second, beli yg 1st drill atau yg belom drill..
Bos,nak tanya.saya baru berjinak main bowling.dari segi cara main,member bagitau saya jenis yg baby hook.baling tngah arrow 3 dari kanan.
So boleh suggestkan bola yg sesuai tak
Boleh beri cadangan..saya ingin beli bola boling low medium performance..ade 3 pilihan...hammer viral..roto grip loco..columbia 300 nitrous..mane lebih bagus..
as salam maaf nk tnye....sye nak jual bola bowling...tp bile ada yg tnye sye xtau nk jwb cmne sbb pernah pakai sekali je...sblm nie pakai yg ada di tmpt bowling...yg saya tau bola nie di tempah dn saya jenis baling straight je...kalu org tnye "bola bowling t zone tu series yg mana" & "Bola hook ke strigt" sye nk jawab mcm mne yea...mohon bantu
as salam maaf nk tnye....sye nak jual bola bowling...tp bile ada yg tnye sye xtau nk jwb cmne sbb pernah pakai sekali je...sblm nie pakai yg ada di tmpt bowling...yg saya tau bola nie di tempah dn saya jenis baling straight je...kalu org tnye "bola bowling t zone tu series yg mana" & "Bola hook ke strigt" sye nk jawab mcm mne yea...mohon bantu
Saya selalu main bowling suka suka, ermmm bila dah selalu strike jadi suka pula dengan bowling ni, saya berhajat ingin membeli bola bowling, yang berpatutan dgn status saya seorang pelajar . Kalau ada yang nak jual boleh ws saya 0132433844 terima kasih .
Sy ada nk jual ..0192271968 ampng
Tq. Good info.
Boleh suggest bola utk spin.. Brand dan bajet dlm 500 .. Betulke lubang utk jari sama patern spin dgn straight ball?
Assalam, saya berminat utk main boling tapi rasa2 usia dah terlambat. Try guna 10lb punya bola mcm relax dan senang control. Kat JB ni mana ada jual bola bowling sekali dengan khidmat nasihat cara main boling? 😅
Pergi saja ke mana mana pro shop yang berhampiran and they are willing to help.
Masih available ker
Kalau nak yg lebih baik beli Motiv Octane Carbon..sesuai low to medium oil di lane.
Saya nak beli bola bowling jenis polyester(straight) nak berat (11lbs-12lbs) tqvm.
Please WA sy urgent 0177622646
salam nak tanya.
kalau bola bowling kita pecah semasa main bowling apa tindakan dan cara2 yang sepatutnya sudah report kepada managment bowling, tapi dia suruh tampal balik bola tu. apa sepatutnya yang kita kena minta?
ada idea yang baik please pm me to 011-65656404
tqvm
Pm saya harga bola Dan gmbr bola kalau masih belum dijual Terima kasih
Sy ada nk jual bola bowling berat 10kg +-..bola cantik lg..x smpai 6 bln guna..sbb jual nk upgrade bola..berminat call @ wasup 0123534561
Saya ingin menjual bola bowling jenis colombia 300 berat lebih kurang 8 ke 9 kg,sbb nk jual,tk berkesempatan utk pergi bermain bowling..blh wassup sy utk selanjutnya,kawasan k.l 010 3640152
Boleh tahu area kuantan/ganu mana nak tebuk bola bowling.0162749504