Sukan Sepak Takraw Kita Makin Malap


Nampaknya susah untuk dipertahankan Persatuan Sepak Takraw Malaysia lagi. Memang patut di kritik dan di minta agar semua AJKnya dan Presiden letak jawatan. Agak memalukan dan yang paling ketara tidak ada perancangan yang jelas, mahupun keyakinan diri lagi. Awal-awal lagi PSM sudah mengibarkan "bendera putih" bila menghantar skuad muda yang tidak berpengalaman ke Sukan Asia. Of course, bila KALAH, sudah tersedia alasan "pemain tidak berpengalaman". Ini Sukan Asia bukan sukan kecil-kecil. Sepak takraw tidak dimainkan diperingkat Olimpik, maka PSM perlu ambil serius dan berusaha untuk pingat emas di Sukan Asia dan bukan setakat pingat gangsa.

Takraw Kita Di Aibkan Korea

Jika sekarang Malaysia diaibkan oleh Korea Selatan, lambat-laun pasukan-pasukan lain juga akan menewaskan Malaysia. Ini kerana, tiada kreativiti dan analisa yang di buat oleh team Malaysia. Nampak, mereka cuma tahu mengajar bermain sepak takraw sahaja. Macam mana mahu menang, tiada siapa yang ada idea. Kita masih di takuk yang lama dalam sukan ini sedangkan Thailand telah mempelbagaikan teknik untuk menang. Mereka evolved. Kita tidak!

Saya harap saya silap dalam analisa ini. Namun, selagi team sepak takraw masih ketandusan idea baru dan perancangan mantap, saya rasa kita akan terus ke belakang dalam sukan ini dan usahlah diharap pingat lagi di masa akan datang.

Gambar kredit: www.sepaktakraw.org

- Brader Sports
0 Komentar untuk "Sukan Sepak Takraw Kita Makin Malap"

Back To Top