Lin Dan: Pemain Badminton Terbaik Sepanjang Zaman


Bagi seorang pemain yang sudah memenangani segalanya untuk dimenangi dalam sukan badminton dan sudah kurang beraksi di sirkit antarabangsa, kemenangan Lin Dan di Sukan Asia 2014 membuktikan bahawa beliau dalam kelas tersendiri. Selepas mengenepikan cabaran pemain harapan Malaysia dan No. 1 Dunia, Lee Chong Wei di separuh akhir, Lin Dan terus membuktikan keunggulan sebagai pemain badminton terbaik sepanjang zaman bila menewaskan juara dunia, Chen Long 12-21, 21-16, 21-16, sekaligus mempertahankan pingat emas yang di menanginya empat tahun lalu.

Super Dan

Biar apa keadaannya jua atau siapa lawannya, Lin Dan tetap berupaya mencari jalan untuk mencapai kemenangan. "Super Dan" amat yakin dengan kemampuannya dan di saat-saat genting beliau masih mampu menghasilkan pukulan-pukulan di luar dugaan tanpa perlu menunggu lawan membuat kesilapan.

Dia lah lagenda dan terbaik sepanjang zaman.


Syabas Lin Dan!

- Brader Sports
0 Komentar untuk "Lin Dan: Pemain Badminton Terbaik Sepanjang Zaman"

Back To Top