Kontraversi Emas Tai Cheau Xuen


Team Malaysia ternyata tidak berpuas hati dengan tindakan jawatankuasa penganjur yang menarik kembali emas yang di menangani oleh Tai Cheau Xuen dalam acara wushu atas alasan penggunaan dadah terlarang. Chef de mission, Datuk Danyal Balagopal menegaskan Malaysia akan merayu kepada Court of Arbitration for Sport (CAS) berhubung dengan prosedur ujian dadah yang dianggap mencurigakan dan tidak adil buat Tai Cheau Xuen. Team Malaysia AMAT YAKIN  yang Tai Cheau Xuen tidak menggunakan dadah untuk membantunya memenangi emas di Sukan Asia 2014 di Incheon.

Proses Ujian Dadah Yang Lama

Antara hujah yang dikemukakan oleh Datuk Danyal Balagopal ialah proses ujian air kencing bagi penentuan pengambilan dadah yang amat lama iaitu sehingga 15 jam. Selalunya keputusan ujian diperolehi dengan segera dan bantahan atau ujian semula boleh dilakukan dengan segera. Namun, ujian dadah peserta-peserta wushu ini mengambil masa dan terdapat 5 sample air kencing yang boleh tertukar dalam tempoh waktu tersebut.

Malaysia Enggan Pulangkan Emas Tai Cheau Xuen

Team Malaysia tidak berniat untuk memulangkan pingat emas yang dimenangi Tai Cheau Xuen buat masa ini. Sehingga rayuan terhadap keputusan yang di rasai tidak adil ini diputuskan, Malaysia akan tetap memastikan Tai Cheau Xuen mendapat sokongan secukupnya.

Gambar kredit: www.rakyatnews.my

- Brader Sports
0 Komentar untuk "Kontraversi Emas Tai Cheau Xuen"

Back To Top