Dua kelab di tangga teratas Liga Perdana Inggeris, Arsenal dan Manchester City membawa cabaran kelab-kelab England minggu ini dalam pusingan kalah mati Liga Juara-Juara (UEFA Champion League). Dengan masih berbekalkan 4 pasukan dalam kejohanan tahun ini, England pastinya mengharapkan salah satu dari mereka mampu mengalas harapan membawa pulang kembali piala utama bagi kelab-kelab Eropah. Dua lagi pasukan dari England, Manchester United dan Chelsea akan beraksi di pusingan ini minggu hadapan.
Namun, harapan untuk melihat salah satu kelab Liga Perdana Inggeris menjulang Piala Liga Juara-Juara musim ini nampak sedikit pudar bila Arsenal dan Manchester City tewas dengan lawan masing-masing dengan keputusan yang sama iaitu 0 – 2. Tambah memeritkan bagi mereka ialah ketewasan itu berlaku di gelanggang sendiri dengan masing-masing kehilangan satu pemain yang diberikan kad merah oleh pengadil kerana mengkasari pemain lawan yang dalam peluang untuk menjaringkan gol.
Arsenal dan Manchester City menghadapi tugas berat untuk mara ke pusingan seterusnya. Mereka perlu menewaskan lawan masing-masing, juara Eropah, Bayern Munich dan pasukan terhebat dunia, Barcelona di gelanggan lawan dengan kelebihan lebih dari dua gol. Walaupun dalam bolasepak segalanya berkemungkinan, akan tetapi melihatkan permainan pada pada minggu ini, harapan mereka jelas amat tipis sekali.
- Brader Sports
4 Komentar untuk "UEFA Champion League: Minggu Malang Buat Kelab-Kelab Liga Perdana Inggeris"
saya lebih suka Arsenal..
mungkin minggu malang akan bertukar jadi minggu bertuah pula lepas ni..hehe :)
Chelsea baru menang lat minute tadi kat EPL
harap2 MU tak terima nasib serupa
perlawanan malam ni juga harap menang
semangat makin menurun dah ni bila asyik kalah dengan seri je