Berita yang agak mendukacitakan buat peminat hoki tempatan apabila gergasi hoki Asia, Pakistan mengambil keputusan untuk menarik diri dari Piala Sultan Azlan Shah 2014 yang bakal berlangsung 13 hingga 23 March hadapan. Tiada alasan yang diberikan oleh Pakistan atas kegagalan menghantar pasukan ke kejohanan kali ini. Hal ini disahkan oleh Setiausaha kehormat Persatuan Hoki Malaysia (PHM), Datuk Johari Abdul Aziz dan beliau memberitahu media bahawa kejohanan akan diteruskan dengan enam pasukan sahaja kerana masa terlalu suntuk untuk menjemput pasukan gantian. Tarikh dan tempoh masa kejohanan akan juga akan dikekalkan kerana kebanyakkan pasukan telah pun membuat urusan tempahan penginapan dan perjalanan mereka.
Dengan ketiadaan Pakistan, Malaysia akan menghadapi saingan dari Canada, Korea Selatan, Afrika Selatan, China dan Australia bagi kejohanan kali ini. Juara bertahan, Australia pastinya akan menjadi pasukan pilihan bagi memenangi kejuaraan kali ini dengan Malaysia dan Korea Selatan dijangkakan akan cuba memberi saingan yang sengit. Namun, peminat-peminat pastinya akan merasa ketiadaan Pakistan dan juga India yang merupakan seteru utama Malaysia dalam sukan hoki. Perlawanan diantara ketiga-tiga gergasi hoki Asia ini sering berlangsung dalam keadaan yang tegang dengan masing-masing memberikan persembahan terbaik dalam perlawanan sebegini. Ia bagaikan menjaga maruah negara dan seterus-seteru hoki ini lebih rela tewas dengan pasukan lain dari sesama mereka sendiri. Oleh itu, ramai yang pastinya hampa bila melihat India dan Pakistan tidak turut serta dalam kejohanan Piala Sultan Azlan Shah bagi tahun ini.
Kejohanan Piala Sultan Azlan Shah 2014 akan dilangsungkan di Ipoh dan akan digunakan juga oleh skuad kebangsaan sebagai ‘pemanas badan’ bagi menghadapi Piala Dunia 2014 di Belanda bulan Mei nanti. Selain dari pasukan Malaysia; pasukan Korea Selatan, Afrika Selatan dan Australia akan turut beraksi di Piala Dunia 2014.
Gambar kredit: www.thestar.com.my
- Brader Sports
2 Komentar untuk "Piala Sultan Azlan Shah 2014 Tanpa Pakistan"
terbaik,
semoga malaysia terus maju....
memang rasa tak seronok bila pasukan ternama tak ambil bahagian
menang muncul juara pun macam rasa tak puas