Petisyen Untuk BAN Tom Cleverley Dari Mewakili England



Saya harap peminat-peminat bolasepak di Malaysia tidak mencontohi sebilangan kecil peminat bolasepak di England ini. Agak memalukan dan keanak-anakan untuk membuat petisyen bagi menghalang seorang pemain bolasepak dari mewakili negaranya kerana ia tidak disukai oleh peminat. Bukan tugas peminat dan penyokong untuk tentukan siapa yang patut mewakili pasukan dan taktik yang harus digunakan. Ia tugas pengurus atau jurulatih. Tugas peminat atau penyokong adalah untuk membantu pasukan dengan memberi sorakan dan dorongan. Mereka juga boleh mengkritik dan memberi buah pandangan jika merasakan ada yang tidak kena dengan pemilihan dan strategi yang digunakan. Namun, untuk bertindak dengan cara yang tidak sesuai seperti ‘boo’ pasukan sendiri dan membuat petisyen sebegini amat mendukacitakan.


Harus diingat Tom Cleverley dipilih oleh jurulatih England, Roy Hodgson. Mungkin prestasi Cleverley dengan Man Utd amat buruk musim ini, namun Roy merasakan Tom boleh berbuat sesuatu bila bersama dengan the Three Lions. Ia adalah resiko yang diambil oleh Roy sendiri dan bukan salah Cleverley. Jika berhasil Roy akan disanjung, jika tidak itu bahana dari resiko yang diambilnya.

Begitu juga dengan jurulatih Harimau Malaysa. Kita akan nilainya dari persembahan di atas padang dan keputusan yang dicapainya. Siapa yang dipilih itu adalah urusannya. Sekali lagi, saya mohon peminat bolasepak Malaysia agar jangan tiru gaya penyokong England ini dan tolong jangan sekali-kali ‘boo’ pasukan kita.

- Brader Sports
0 Komentar untuk "Petisyen Untuk BAN Tom Cleverley Dari Mewakili England"

Back To Top