Amat mendukacitakan bila melihat segelintir penyokong Harimau Malaya yang membuat kekacauan semasa perlawanan persahabatan antara pasukan negara dengan Filipina. Jika tidak suka Presiden FAM sekalipun, janganlah bertindak melulu dan menjejaskan imej negara. Cukuplah dengan meluahkan perasaan di media sosial dan blog atau membuat petisyen secara rasmi. Tidak perlu membuat kekecauan dan menyanyikan lagu anti FAM atau mengeluarkan kata-kata yang kurang sopan. Ini bukan caranya dan hanya merugikan kita sendiri. Peribahasa melayu ada menyebut ‘Marahkan Nyamuk Kelambu DiBakar’. Jangan sampai penyokong-penyokong kita di ‘ban’ oleh FIFA atau AFC dari menyaksikan pasukan negara di stadium, lantaran insiden sebegini mahupun konsentrasi pemain-pemain menjadi terganggu atas sikap mereka ini.
Tolonglah peminat-peminat bola semua. ‘Be professional’ lah sikit. Lagipun dengan menukar Presiden FAM belum tentu lagi, bolasepak negara akan menjadi bertambah baik. Lebih buruk lagi jika ramai yang berebut kuasa hendak jadi Presiden atas kepentingan politik dan peribadi. Biarlah masa menentukannya nanti. Lagipun, saya pun tidak nampak mana-mana tokoh yang betul-betul bersungguh-sungguh mahu mengambil alih jawatan dan berbuat sesuatu untuk memajukan sukan bolasepak Malaysia.
- Brader Sports
0 Komentar untuk "Marahkan Nyamuk Kelambu DiBakar"