Semoga Datuk Boleh Bawa ‘Ong’ Pada Pasukan Bolasepak Malaysia


Selepas digembar-gemburkan dengan berita pengambilan jurulatih tersohor dari Perancis, Philippe Troussier, nampaknya FAM terpaksa akur yang badan itu tidak mampu menarik minat jurulatih bertaraf antarabangsa untuk memikul tugas berat mengembalikan kegemilangan bolasepak Malaysia sekurang-kurangnya di rantau Asia. Oleh itu, tugas itu kini akan digalaskan kepada jurulatih Harimau Muda A, Datuk Ong Kim Swee biarpun hanya sementara.Dalam masa yang sama, FAM tetap tidak berganjak dari keputusan mereka untuk mencari jurulatih asing berwibawa biarpun entah bila niat ini akan tercapai. Semoga berjaya FAM!


Bagi saya, Datuk Ong Kim Swee bukanlah tidak layak dan tidak berpengalaman. Cuma kita mungkin perlu sedikit kejutan budaya dan sedikit  ‘X-Factor’ yang boleh membawa sukan bolasepak kita ke tahap yang lebih baik lagi. Jika kita lihat peratusan kehadiran penonton yang meningkat di stadium-stadium bolasepak di seluruh negara, kita patut berterima kasih kepada Tengku Mahkota Johor (TMJ) dan JDT yang membawa pemain bertaraf dunia seperti Daniel Guiza dan Pablo Aimar yang ternyata berjaya menyuntik minat ramai peminat bolasepak untuk mengikuti Liga Super kita. Samada mereka akan membantu menaik taraf bolasepak negara, ia masih menjadi satu persoalan yang bakal terjawab di masa akan datang, namun yang pasti Liga Bolasepak Malaysia kini mempunyai ‘feel good factor’ dan ia harus dikekalkan.

Dalam sukan bolasepak, tuah juga memainkan peranan juga. Jika anda tanya David Moyes, mengapa pasukannya tewas ditangan Stoke City tempohari, pastinya dia akan menuding kepada beberapa insiden dalam perlawanan itu seperti bola yang melantun di peha Michael Carrick yang mengelirukan David De Gea. Oleh itu, tuah atau ‘ong’  mungkin boleh berpihak kepada Datuk Ong Kim Swee (OKS) bila mengendalikan skuad Harimau Malaysia. Siapa tahu?

Oleh itu, sementara FAM terus berusaha mencari jurulatih yang sesuai, peminat-peminat bolasepak Malaysia perlu sentiasa berada di belakang OKS dan member sokongan padu pada skuad bimbingannya. Secara jujur, saya tidak setuju dengan jawatan ‘jurulatih sementara’, namun (with due respect kepada OKS), saya setuju dengan tindakan FAM untuk terus memburu jurulatih asing yang berkeliber. Kata kunci di sini ‘berkeliber’ dan bukannya ‘semberono’ sahaja. Lebih cepat, lebih baik. Namun, anda semua rasa, adakah yang mahu? Komen dan pandangan amat di alu-alukan. Terima kasih.

Gambar kredit: www.thestar.com.my

- Brader Sports
3 Komentar untuk "Semoga Datuk Boleh Bawa ‘Ong’ Pada Pasukan Bolasepak Malaysia"

soalan yang mungkin menarik:
sebab apa mereka [jurulatih berkelibar] tak mahu melatih harimau malaya?

hemm..tak tahu la bila leh dapat jurulatih luar.

Ya. Semoga Ong kim Swee kali ini benar-benar ong.

Semoga OKS boleh mengembalikan maruah pasukan negara yang sedikit tercalar. Dan aku harap Malaysia dapat hire Znedek Zeman. Aku rasa taktikalnya sangat sesuai untuk team Malaysia.

Back To Top