Suatu yang tidak ramai menduga – Liverpool masih dalam saingan kejuaraan Liga Perdana Inggeris dengan cuma tinggal 12 perlawanan sahaja lagi. Melihat dari prestasi mereka dan pesaing-pesaing yang lain (Arsenal, Chelsea dan Manchester City) tampak mereka paling menyerah dan bersemangat kini. Kemenangan 5 – 1 terhadap Arsenal dan diikuti dengan jaringan kemenangan Steven Gerard di masa kecederaan ketika menentang Fulham pagi tadi (waktu Malaysia) menunjukkan The Reds kini dalam landasan yang baik untuk mengembalikan kejuaraan Inggeris ke Anfield.
Kunci kejayaan Liverpool musim ini adalah prestasi konsisten dan bebas kecederaan dua penyerang utama mereka Luis Suarez dan Daniel Sturridge serta keserasian pemain-pemain dengan cara permainan yang diketengahkan oleh jurulatih, Brendan Rogers. Dengan skuad yang tidak seramai Chelsea, Manchester City, Arsenal mahupun Manchester United, Rogers tidak perlu melakukan banyak perubahan bagi memuaskan hati pemain-pemain yang ada. Ia memberikan kestabilan dan keharmonian dalam corak permainan Liverpool dan Rogers pastinya bersyukur kerana tidak menghadapi masaalah kecederaan yang serius dan mampu menjejaskan keharmonian ini.
Dengan jumlah mata adalah amat dekat antara empat pasukan teratas di Liga Perdana Inggeris, adalah tidak menghairankan jika Liverpool mampu memintas tiga pasukan pilihan yang masih berada di atas mereka dalam carta, terutamanya jika tiga tonggak utama Suarez, Sturridge dan Gerrard kekal bebas dari kecederaan hingga ke akhir musim. Brader Sports meramalkan Chelsea sebagai juara. Namun, prospek Liverpool nampak semakin cerah dari sehari ke sehari. Apa pandangan anda?
Gambar kredit: www.fanpop.com
- Brader Sports
3 Komentar untuk "Mampukah Liverpool Juarai Liga Perdana Musim Ini?"
Sebagai penyokong tegar Liverpool, aku memang harap mereka jadi juara. Tapi rasanya Man City akan juara tahun ni, diikuti dengan Liverpool dengan beza mata yang sedikit.
berkemungkin kalau dilihatkan pada prestasi semasa mereka sekarang ni..
Memang kebarangkalian besar kali ini :)