Lions XII Dan Liga Super 2014


Antara pasukan yang menarik minat saya dalam kancah Liga Super 2014 ialah pasukan Lions XII dari negara jiran tertangga, Singapura. Bagi saya, mereka adalah antara pasukan yang paling menghiburkan dari segi corak permainan dan terdapat ramai pemain-pemain mereka yang mempunyai potensi menjadi pemain yang hebat di masa akan datang. Saya sukakan pergerakkan mereka yang pantas dan kawalan bola yang kemas. Namun, kecetakkan dari segi pengalaman menyebabkan mereka adakalanya membuat keputusan-keputusan yang kurang tepat di atas padang. Ini akan di atasi dan pemain-pemain akan menjadi lebih matang apabila lebih banyak perlawanan diharungi mereka kelak.


Keputusan JDT untuk tidak menyambung kontrak Fandi Ahmad juga merupakan satu rahmat buat Lions XII. Saya sukakan Fandi dan ‘approach’ beliau yang agak positif. Sayang beliau tidak mencapai keputusan yang diingini semasa bersama Harimau Selatan itu. Lebih mendukacitakan saya ialah bila JDT mengambil keputusan untuk tidak menyambung khidmat beliau. Mungkin, TMJ sudah membayangkan untuk membawa masuk Aimar di kala itu dan tidak yakin Fandi boleh mengendalikan pemain bertaraf bintang seperti Aimar. Apa-apa pun, seperti yang nyatakan tadi, ianya rahmat buat Lions XII. Fandi adalah jurulatih terbaik buat mereka.

Dengan Fandi Ahmad sebagai pengendali, pemain-pemain di beri banyak ruang untuk melakukan ekpressi diri.  Ini membolehkan pemain-pemain berbakat seperti Safuwan Baharudin, Khairul Amri dan Hafiz Abu Sujad mempamerkan keupayaan sebenar mereka biarpun ini menyebabkan pertahanan mereka lebih tertekan apabila diserang. Cuma, dengan Lions XII, pendekatan Fandi lebih berjaya kerana pemain-pemain mempunyai ‘work rate’ atau daya kerja yang tinggi dari JDT. Mereka cepat turun dan naik dan mempunyai kepantasan untuk melancarkan serangan balas. Pemain-pemain pertahanan mereka seperti Mohammad Afiq bin Yunos dan Madhu Mohana pula sukar dibolosi kerana corak permainan mereka yang keras dan bersifat ‘no nonsense’.

Satu kelebihan Lions XII ialah bila mendapatkan sepakan percuma atau sudut (set pieces). Biarpun tidak lagi punyai pemain yang tinggi apabila Baihakki Khaizan dijual kepada JDT, pemain-pemain seperti Safuwan Baharudin dan Khairul Amri amat merbahaya kerana mempunyai daya loncatan yang tinggi dan tandukan yang hebat. Mereka ini ala-ala Cristiano Ronaldo di La Liga. Saya rasa pemain-pemain Selangor, JDT dan Pahang pastinya setuju jika saya katakan mereka begitu tertekan bila bola di lambung tinggi dalam kotak penalti mereka. Pasukan-pasukan lain pula perlu ‘take note’ dan bersedia menghadapi situasi ini nanti. Harus diingat gol pertama Lions XII ketika bertemu JDT adalah menerusi tandukan yang disempurnakan dari lontaran ke dalam di kiri gol pasukan JDT. Sebiji macam gol Stoke City!

Walaupun Liga Super masih diperingkat awal, namun saya yakin bahawa Lions XII akan menjadi pencabar yang kuat untuk saingan kali ini. Top Four pastinya dalam genggaman mereka. Cuma, persoalannya, mampukah mereka menukarkan potensi yang ada kepada kejuaraan Liga Super? Apa pendapat anda?

- Brader Sports
3 Komentar untuk "Lions XII Dan Liga Super 2014"

the lions takda pemain import... semua muda2 lagi tuh... kebanyakkanya yang main masa bawah 23 tahun sukan sea myanmmar hari tuh... memang power tul... ada masa depan diaorang nih... fandi ahmad pun bagus..

Nyata, Lions XII mmg dalam situasi yg cukup baik utk menang lagi sekali tahun ni...tapi ambe harap sangat, ada pasukan Malaysia yg mampu kekang mereka.

Safuwan Baharudin, Khairul Amri dan Hafiz Abu Sujad ni antara yg selalu memeningkan pemain lawan. Kawalan yg mmg bagus, mutu hantaran paling best, set pieces yg mmg bahaya.

Lions kalah 1-2 dgn Pahang dalam Piala FA hari tu. jadi, stadium PB dah tak kebal utk mereka.

itulah..ramai dari young lions..nampaknya, singapore mmg bijak dalam cungkil bakat2 muda...jeles pulak tgk player mereka yg fit, dan main pun cantik

Back To Top