Bersenam Boleh Melambatkan Proses Penuaan Dan Mengurangkan RisikoPenyakit

 
Beberapa dekad dahulu, aktiviti bersukan atau bersenam biasanya diamalkan oleh masyarakat untuk tujuan riadah sahaja.  Seperti kebanyakan kaum Adam yang lain, saya amat meminati bidang sukan dan jarang menolak apabila dijemput untuk bermain futsal, bowling, bola sepak, badminton dan sebagainya.  Kini aktiviti bersukan atau bersenam telah dibuktikan sebagai amat perlu untuk menjaga dan memperbaiki kesihatan diri terutama sekali apabila umur semakin meningkat.


Suatu kajian yang dilakukan oleh para saintis di UC San Francisco bersama dengan Preventative Medicine Research Institute di Sausalito, California, menunjukkan bahawa perubahan diet/pemakanan, senaman, pengurusan stress dan sokongan sosial memberi kesan positif terhadap telomere, bahagian kromosom yang terlibat dalam proses penuaan.  Telomere juga mempunyai kesan terhadap pelbagai penyakit yang berkait dengan proses penuaan seperti kanser, angin ahmar, obesiti, osteoporosis, diabetes dan sebagainya.

Para pengkaji mencadangkan perkara-perkara berikut untuk menjaga kesihatan diri dan mengurangkan risiko penyakit-penyakit kronik: Diet tumbuh-tumbuhan iaitu diet yang dipenuhi dengan buah-buahan, bijirin dan sayuran serta rendah kandungan lemak dan karbohidrat terolah (refined carbohydrate);

  • Aktiviti senaman yang sederhana misalnya berjalan kaki lebih kurang 30 minit setiap hari (6 kali seminggu);

  • Kurangkan stres (melalui pelbagai aktiviti ringan seperti meditasi dan yoga)

  • Dapatkan sokongan keluarga, rakan-rakan dan komuniti.

Kempat-empat perkara di atas merupakan antara asas-asas bagi kesihatan yang lebih sempurna dan hidup yang lebih bahagia.  Sekiranya sukar untuk dilakukan secara sekaligus, lakukannya secara berperingkat,  Mulakan dengan makanan hari ini : ¼ nasi, ¼ daging/ikan/ayam dan ½ sayuran.  Banyakkan berjalan kaki serta menaiki tangga daripada menaiki lif.

Kesemua perkara tersebut mesti dimulakan dengan segera, terutama bagi golongan yang berisiko tinggi untuk menghidap penyakit kronik dan yang telah meningkat usia.  Sekiranya anda sedang mengamalkan perkara tersebut “Tahniah” saya ucapkan dan ‘Teruskan usaha”.

Sumber Rujukan :
Gambar kredit: © Amy Planz | Dreamstime Stock Photos

- Brader Sports

Related Post:

4 Komentar untuk "Bersenam Boleh Melambatkan Proses Penuaan Dan Mengurangkan RisikoPenyakit"

Ada benarnya juga tu. Bila bersenam, sel2 kita sentiasa aktif dan tegang...tu yg tak nampak tua walaupun usia tak berapa muda dah...

p.s - baru perasan, tuan tanah blog ialah bro Ismail...nicelah bro!

betul sangat tu, kena pulak dah berumur ni...

senam bagus.. minum air kosong pun bagus..

kena rajin bersenam dan jaga pemakanan. Baru senang tak dapat penyakit.

Back To Top