Menurut lapuran media, pengurus Manchester United, David Moyes telah di berikan sejumlah £200 juta untuk membeli pemain-pemain baru bagi menguatkan The Red Devils. Namun pada pendapat saya, untuk Manchester United kembali mendominasi Liga Perdana Inggeris dan bersaing dalam bolasepak Eropah, jawapannya ada pada pemain muda berusia 18 tahun kelahiran Belgium, Adnan Januzaj.
Selepas memberikan satu lagi persembahan cemerlang dalam perlawanan menentang Swansea hari Sabtu yang lalu, para pemerhati bolasepak semakin yakin bahawa anak muda ini adalah bakal 'superstar' baru bolasepak dunia. Mungkin sehebat Cristiano Ronaldo dan Lionel Messi satu hari nanti.
David Moyes pastinya sedar untuk membeli pemain baru yang berkualiti dan sesuai dengan corak permainan Manchester United bukanlah sesuatu yang mudah. Kelab-kelab bolasepak juga kini agak keberatan melepaskan pemain utama kerana sedar akan kesan buruk yang bakal timbul dari tindakan itu. Lihat sahaja bagaimana kesukaran Tottenham Hotspur untuk menggantikan Gareth Bale biarpun mendapat bayaran £86 juta dan membawa masuk tujuh pemain baru.
Manakala, Liverpool pula mendapat faedah dari susah payah mereka mengekalkan Luis Suarez di Anfield bila pemain Uruguay itu meledakkan 20 goal dalam 18 perlawanan.
Oleh itu, tumpuan bagi Manchester United kini adalah pastinya dalam usaha untuk mengekalkan bintang-bintang utama mereka seperti Wayne Rooney dan Robin Van Persie sambil terus memberi peluang kepada Januzaj untuk terus matang dan menjadi pemain yang digeruni.
Seperti Cristiano Ronaldo, Adnan Januzaj amat selesa menggunakan kaki kiri dan kanannya dan boleh beroperasi di bahagian sayap atau tengah Manchster uUnited. Pemain muda ini mempunyai lengok mengelicik ala lagenda United iaitu George Best dan mempunyai tendangan lencong ala David Beckham. Dia juga mempunyai keupayaan untuk membuat hantaran-hantaran yang membuka pertahanan lawan serta mempunyai keyakinan diri yang amat tinggi yang jarang dimiliki oleh pemain-pemain muda seusia dengannya.
Disaat ini Moyes pastinya akan meletakkan Januzaj lebih kerap di bahagian sayap kerana kurangnya pemain sayap berkeliber untuk Manchester United, namun posisi tetapnya di masa akan datang adalah di bahagian tengah dan belakang penyerang utama yang kini diisi oleh Rooney dan Kagawa.
Apa yang pasti Adanan Januzaj pastinya akan menjadi pemain bolasepak yang hebat dan bintang baru buat Manchester United. Adalah menjadi tanggungjawab David Moyes pula untuk memastikan pemain ini kekal dalam landasan yang betul dan merealisasikan potensi sebenar Januzaj.
- Brader Sports
3 Komentar untuk "Adnan Januzaj: Bintang Baru Manchester United"
sempat tengk permainan adnan hari sabtu lepas
memang bagus
harap2 beliau dapat elak dari ditimpa kecederaan
hoho..mamat ni la yang tak masuk sepak penalti semalam. Grrr..
dia belum serasi betul lg ni..