Liga Super Malaysia: Persaingan Dua Penjuru




Dengan hanya berbaki 4 perlawanan sahaja, jelas persaingan Liga Super Malaysia kini hanya tinggal antara Selangor dan Johor Darul Ta’zim sahaja. Pasukan yang menduduki tangga ketiga, Terengganu melepaskan peluang untuk turut bersaing apabila tumpas kepada Selangor 1-4 dengan pasukan lawan hanya bermain dengan 10 orang pada keseluruhan separuh masa ke dua.


Selangor yang ditekan hebat oleh Terengganu di Stadium Sultan Ismail  Kuala Terengganu dan kehilangan penyerang utama mereka, Paulo Rangel yang diberikan kad merah dalam satu 'off the ball incident' harus berterima kasih kepada kecekapan penjaga gol kebangsaan, Mohd Farizal Marlias yang menghalang percubaan-percubaan merbahaya dari pemain-pemain Terengganu. Gol-gol Selangor dihasilkan oleh Paulo Rangel di minit ke 46 (sebelum beliau diberi kad merah), Abdul Hadi Yahya (minit ke-49), S. Veenod (minit ke-83) dan S. Kunalan (minit ke-92).

Di Stadium Larkin pula, Johor Darul Ta’zim menewaskan Sime Darby 3-0 untuk kekal di tempat ke dua liga, dua mata di belakang Selangor. Mohd Amri Yahya membuka jaringan di minit ke 45 sebelum Jorge Diaz menyumbat dua gol di minit k3 52 dan 81 untuk memastikan Harimau Selatan kekal dalam persaingan Liga Super.

Gambar kredit: faselangor.my
1 Komentar untuk "Liga Super Malaysia: Persaingan Dua Penjuru"

1xbet korean betting | Legit Online Betting with best odds
In short, 1xbet korean if you are playing with kadangpintar 1xbet, you are in for a treat with this Asian market. The febcasino odds that you should expect are fairly decent for online betting.

Back To Top