Stanislas Wawrinka Juarai Tenis Terbuka Australia 2014


Satu perkara yang buat saya teruja mengenai sukan adalah ia bukan sahaja membantu kita dalam menjaga kesihatan diri. Sukan juga boleh memupuk semangat positif dan keyakinan diri dalam hidup kita sehari-hari. Jika kita yakin dengan kemampuan kita dan sanggup berusaha untuk mencapai kejayaan, maka tiada rintangan yang boleh menghalangi dan tidak ujian yang tidak boleh kita lepasi. Tepuk dada, tanya selera.


Sebelum bermulanya Terbuka Australia 2014, tiada siapa yang merasakan pemain No. 2 Switzerland, Stanislas Wawrinka mampu menjuarai kejuaraan grand slam pembuka tirai ini. Rata-rata meramalkan ianya antara dua pemain terbaik dunia masa ini - Novak Djokovic dan Rafael Nadal. Selepas, Wawrinka mengejutkan Djokovic diperingkat suku akhir dan mengenepikan cabaran Tomas Berdych di separuh akhir, pemain No. 8 dunia itu masih diletakkan sebagai 'underdog' ketika bertemu Nadal diperingkat akhir. Malah, saya sendiri pun tidak yakin Nadal mampu ditumbangkan oleh Stanislas Wawrinka. Apalagi rekod pertemuan antara kedua mereka sebelum ini memihak kepada Nadal 12 - 0.

Sebagaimana yang katakan di atas, dalam sukan kita mesti sanggup berusaha dan yakin dengan kemampuan kita. Stanislas Wawrinka masuk ke dalam gelanggang dengan fikiran yang amat positif dan melepaskan 'forehand' dan 'backhand' kencang ke tepi garisan yang sukar di pulangkan kembali oleh Nadal. Beliau langsung tidak kisah dengan siapa yang beliau lawan dan tidak teragak-agak mengambil resiko dengan cuba membunuh setiap 'top spin' tinggi oleh Nadal di belakang gelanggang yang sebelum ini menyukarkan rakan senegaranya, Roger Federer diperingkat separuh akhir.

Sikap positif Wawrinka membuahkan hasil dan pemain No. 1 dunia tampak bagai pemain di ranking bawahan yang terpaksa berkerja keras membalas pukulan Wawrinka. Pemain Switzerland itu menang set pertama 6 -3.
Rafael Nadal ternyata lemas dengan tekanan oleh Wawrinka dan membuat kesilapan-kesilapan yang jarang dilakukannya. Perlawanan tampak akan berakhir bila Nadal cedera di bahagian belakang dan mengalami kesukaran untuk membuat servis. Wawrinka mengambil kesempatan itu untuk menang set kedua dengan mudah 6 - 2.

Ramai yang menyangkakan Nadal akan menarik diri akibat kecederaan belakangnya, namun dia mempamerkan semangat juang yang tinggi dan meneruskan permainan di set ketiga. Satu lagi iktibar yang boleh kita semua ambil - jangan mudah mengalah dalam apa keadaan sekalipun! Mereka yang berjaya seperti Nadal, tidak akan 'give up' begitu sahaja sebelum mencuba. Dalam sukan dan dalam kehidupan kita juga, semuanya berkemungkinan. Jangan takut untuk terus mencuba dan berusaha.

Kecederaan Nadal menyebabkan pukulannya menjadi lemah dan beliau menggunakan 'top spin' bagi memastikan ia cukup-cukup melepasi jaring dan membuat pergerakkan awal dengan mengagak pukulan Wawrinka. Wawrinka sedikit terjejas dengan situasi tersebut apabila bola-bola dari Nadal jatuh lebih rendah dan jauh dihadapannya berbanding dengan set pertama dan kedua. Fikirannya juga mungkin sedikit terganggu dengan kecederaan yang di alami oleh lawannya. Rafael Nadal dalam keadaan sakit belakang dan 'blister' di tangan menang set ketiga 6 - 4 dan membawa perlawanan ke set keempat.

Di set keempat, Stanislas Wawrinka membuat sedikit perubahan bagi menangani pukulan Nadal yang semakin rendah dan lemah dengan berada lebih ke dalam gelanggan dan kembali dia mengasak Nadal. Walaupun Rafael Nadal berusaha keras untuk membawa perlawanan ke set penentuan, kecederaan belakangnya ternyata menyukarkan beliau untuk mempertahankan servis nya, mahupun untuk membuat larian-larian bagi mengembalikan pukulan Wawrinka. Akhirnya, Nadal tumpas 6 - 3 sekaligus memberikan kejuaraan grand slam pertama buat dirinya.

Kemenangan ini juga melonjakkan Stanislas Wawrinka ke ranking ke 5 dunia dan mengatasi Roger Federer bagi menjadi pemain No. 1 Switzerland. Ia juga menamatkan dominasi 'The Big Four' tenis dunia dalam kejohanan-kejohanan grand slam dan membuka satu persaingan baru yang sihat dalam dunia tenis. Tahniah buat Stanislas Wawrinka. Nadal pula terpaksa menunggu kejohanan grand slam seterusnya bagi menyamakan rekod 14 kali oleh Pete Sampras.

Gambar kredit: sommetsports.co.nz

- Brader Sports

Related Post:

2 Komentar untuk "Stanislas Wawrinka Juarai Tenis Terbuka Australia 2014"

Tak sangka Wawrinka ni boleh menang. Tapi kalau Nadal tak cedera, rasanya perlawanan jadi lagi sengit. Apapun, Wawrinka totally deserved it!

semangat juang mereka memberikan kita keseronokan
buat kita ingat sampai bila2
seperti yang dilakukan oleh MU dulu2

Back To Top